“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
..ucapkan salam,,
Followers
Tuesday, 8 May 2012
kalam hati seorang hamba
ya ALLAH..
terlalu gelisah hati ini..
sungguh ku tak mengerti..
apakah ini yg ku rasai..
aduhai ALLAH...
sakit sekali..
ya ALLAH..
andai aku sujud disaat ini..
pasti kan ku rasai tangisan syahadah itu..
pasti bisa ku bayangi syurga yg abadi itu..
indah benar selimut kasih sayang-MU..
ya ALLAH..
hatiku gundah lagi..
hatiku sakit lagi..
namun...
siapa yg sudi mengubati..
menjadi penenang hati..
dengan lembut kau menyapa..
'' sesungguhnya dengan mengingati ALLAH dirimu akan tenang ''
kini aku sedar..
aku jauh dari-MU..
itulah kerana..
seketul daging yg bernama hati ini..
kian hanyut dan rosak dimamah kelalaian..
ya ALLAH..
moga aku KAU hadiahkan hidayah..
jadikan aku insan pilihan MU..
jangan aku KAU murkai..
jadikan aku bidadari pilihan syurga-MU..
dan..
izinkan aku melamar redha-MU..
ku mohom ya ALLAH..
jangan pernah KAU paling kan wajah-MU..
kerana hal itu..aku bisa tersungkur jatuh..
bagai layang-layang terputus talinya..
aku tidak ingin seperti itu..
kan terpaut entah dimana..
senang dilihat oleh sesiapa..
aku tidak ingin..
aku tidak mahu..
sungguh aku..
ingin menjadi kuntuman indah..
indah bagai mawar berduri..
ingin indah dan harum..
seharum pusara masyitah yang suci..
ingin bernilai lagi berharga..
semahal mutiara di dasar yang paling dalam..
agar aku...
bisa digelar...
'' wanita hiasan duniawi ''
kerna itulah gelaran yang terpuji..
buat insan yang menjaga solehahnya..
bukan senang..bukan mudah..
sungguh ku akui..
namun..
aku kan tetap mencuba..
meraih KASIH DAN CINTA YANG SATU..
itulah CINTA-MU..
wahai SANG PENCINTA YANG ABADI..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment